Unknown
Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. walaupun sudah banyak kali ke sana, tapi entah kenapa setiap kali dengar saja perkataan "Melaka" itu terus jadi gembira. Mungkin disebabkan bandar Melaka yang cantik dan bersejarah itu membuatkan aku begitu tertarik untuk ke sana. Mama sudah merancang pelbagai aktiviti. Adik-adik sibuk nak ke "Cowboy Town".  Tapi kita hanya mampu merancangkan?

Pada hari sabtu itu, aku disahkan oleh doktor terkena keracunan makanan. Muntah dan asyik berulang-alik ketandas sehari suntuk membuatkan badan aku lemah dan tidak ada selera makan. Jadi, hari pertama di Melaka, dihabiskan berada diatas katil sahaja. Papa pula sibuk bertanding golf. Jadi tak ada siapa nak bawa mereka berjalan. Hari kedua pun begitu. bertambah teruk apa bila mama pula berjangkit Entah macam mana boleh berjangkit pun aku tak tahu. tapi yang pasti, kami berkurung lagi dalam bilik. Kesian adik-adik.

Hari terakhir di Melaka, barulah papa meluangkan masa bersama kami. mujurlah aku dan mama sudah sihat sikit. Gagahkan jugalah diri ini untuk jalan-jalan di kota Melaka sekejap. Itu pun hanya sempat membeli buah tangan. Itu sajalah yang mampu. nak buat macam mana, tiba-tiba sakit nak datang, kan? Tapi sedihlah juga sebab tak sempat nak membeli-belah. 
0 Responses

Post a Comment