Shah Alam, 24
November: Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, maut
selepas diragut seorang lelaki yang menaiki motosikal berhampiran Plaza
Anggerik di sini petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira lima petang itu, Nor Aminah
Zakaria, 22, sedang berjalan menuju perhentian bas bersama seorang rakan
sebelum diragut dari arah belakang oleh seorang pemuda menaiki motosikal.
Mangsa bagaimanapun cuba melawan namun ditolak oleh peragut
berkenaan dan terjatuh dibahu jalan.
Difahamkan, rakan mangsa ketika itu berjalan agak jauh kebelakang
daripada mangsa menyebabkan beliau tidak sempat berbuat apa-apa.
Mangsa cuba diselamatkan orang ramai namun disahkan meninggal
sebaik sahaja tiba di hospital Klang disebabkan
kecederaan dalaman yang parah.
Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata pihak polis sedang
menyiasat dengan mengambil keterangan beberapa orang saksi di tempat kejadian
untuk membantu siasatan.
Kawasan sekitar Shah Alam sememangnya menjadi lokasi jenayah ragut
kerana kebanyakkan penduduk dikawasan ini terdiri daripada mahasiswa yang
sering berjalan kaki dan ini memudahkan mereka untuk menjadi sasaran peragut.
Polis menasihatkan kepada orang ramai terutamanya mahasiswi untuk
lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika berjalan kaki untuk mengelakkan
daripada menjadi mangsa ragut. #

Post a Comment