Balkanisasi siber. Perkatan itu mungkin sekali janggal
didengar malahan, pertama sekali saya mendengarnya ketika melawati blog Suara Murba yang bertajuk BALKANISASI SIBER: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA oleh Dr Rahmat Ghazali. Begitu
hebat sekali pembentangan beliau mengenai topik balkanisasi siber yang boleh
dikatakan masih mentah untuk dibualkan oleh masyarakat kita.
Balkanisasi siber bermaksud satu bentuk jajahan
di alam maya yang memisahkan manusia kepada beberapa kelompok mengikut cita
rasa, minat, fahaman dan pesepsi masing-masing. Disebabkan technologi internet,
manusia boleh memilih apa sahaja maklumat atau informasi mengikut kehendak dan
cita rasa mereka. Disebabkan itulah terjadinya balkanisasi siber ini atau dalam
erti kata lain pemisahan diantara manusia mengikut pendapat dan kehendak
mereka. Bukan sahaja mereka berhak memilih, malah mereka juga berhak untuk
tidak milihat, membaca atau melayari maklumat yang bertentangan dengan pendapat
dan kehendak mereka.
Pengguna internet di masa kini berdepan dengan
pelbagai masalah sosial disebabkan oleh keterbukaan Negara kita terhadap
penggunaan internet bagi mendapatkan maklumat. Jika maklumat yang ingin dilihat
itu sesuatu yang baik seperti mencari lebih pengetahuan tentang ilmu agama,
kesihatan atau pendidikan. Tetapi yang menjadi isunya adalah apabila maklumat
yang dicari itu sesuatu yang tidak sopan dan bertentangan dengan agama dan
budaya seseorang itu.
Adakah kita ingin menyalahkan keterbukaan yang
diberikan oleh kerajaan itu sebagai sesuatu yang membebankan? Adakah kita ingin
jadi seperti Negara China dimana semuanya dikawal dan diperhatikan. Keterbukaan
adalah sesuatu yang positif dan amat berguna. Kerana keterbukaan internet itu
kita mampu untuk melihat dan membaca mengenai pelbagai pendapat dan maklumat.
Yang penting adalah diri sendiri. Sejauh mana
kita membawa diri kita kepada sesuatu. Tidak salah jika ingin mencuba sesuatu
yang baharu tetapi jika kita tahu ia akan membawa keburukkan kepada kita,
mengapa kita perlu teruskan. Walaupun pelbagai godaan dan hasutan berada
didepan mata kita, tetapi jika kita sedar ianya salah dan kita menguatkan diri
kita untuk mengatasi godaan dan hasutan itu, insyallah, Allah akan membantu
kita.


Post a Comment