Shah Alam, 24
November: Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, maut
selepas diragut seorang lelaki yang menaiki motosikal berhampiran Plaza
Anggerik di sini petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira lima petang itu, Nor Aminah
Zakaria, 22, sedang berjalan menuju perhentian bas bersama seorang rakan
sebelum diragut dari arah belakang oleh seorang pemuda menaiki motosikal.
Mangsa bagaimanapun cuba melawan namun ditolak oleh peragut
berkenaan dan terjatuh dibahu jalan.
Difahamkan, rakan mangsa ketika itu berjalan agak jauh kebelakang
daripada mangsa menyebabkan beliau tidak sempat berbuat apa-apa.
Mangsa cuba diselamatkan orang ramai namun disahkan meninggal
sebaik sahaja tiba di hospital Klang disebabkan
kecederaan dalaman yang parah.
Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata pihak polis sedang
menyiasat dengan mengambil keterangan beberapa orang saksi di tempat kejadian
untuk membantu siasatan.
Kawasan sekitar Shah Alam sememangnya menjadi lokasi jenayah ragut
kerana kebanyakkan penduduk dikawasan ini terdiri daripada mahasiswa yang
sering berjalan kaki dan ini memudahkan mereka untuk menjadi sasaran peragut.
Polis menasihatkan kepada orang ramai terutamanya mahasiswi untuk
lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika berjalan kaki untuk mengelakkan
daripada menjadi mangsa ragut. #
Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. walaupun sudah banyak kali ke sana, tapi entah kenapa setiap kali dengar saja perkataan "Melaka" itu terus jadi gembira. Mungkin disebabkan bandar Melaka yang cantik dan bersejarah itu membuatkan aku begitu tertarik untuk ke sana. Mama sudah merancang pelbagai aktiviti. Adik-adik sibuk nak ke "Cowboy Town". Tapi kita hanya mampu merancangkan?
Pada hari sabtu itu, aku disahkan oleh doktor terkena keracunan makanan. Muntah dan asyik berulang-alik ketandas sehari suntuk membuatkan badan aku lemah dan tidak ada selera makan. Jadi, hari pertama di Melaka, dihabiskan berada diatas katil sahaja. Papa pula sibuk bertanding golf. Jadi tak ada siapa nak bawa mereka berjalan. Hari kedua pun begitu. bertambah teruk apa bila mama pula berjangkit Entah macam mana boleh berjangkit pun aku tak tahu. tapi yang pasti, kami berkurung lagi dalam bilik. Kesian adik-adik.
Hari terakhir di Melaka, barulah papa meluangkan masa bersama kami. mujurlah aku dan mama sudah sihat sikit. Gagahkan jugalah diri ini untuk jalan-jalan di kota Melaka sekejap. Itu pun hanya sempat membeli buah tangan. Itu sajalah yang mampu. nak buat macam mana, tiba-tiba sakit nak datang, kan? Tapi sedihlah juga sebab tak sempat nak membeli-belah.
Balkanisasi siber. Perkatan itu mungkin sekali janggal
didengar malahan, pertama sekali saya mendengarnya ketika melawati blog Suara Murba yang bertajuk BALKANISASI SIBER: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA oleh Dr Rahmat Ghazali. Begitu
hebat sekali pembentangan beliau mengenai topik balkanisasi siber yang boleh
dikatakan masih mentah untuk dibualkan oleh masyarakat kita.
Balkanisasi siber bermaksud satu bentuk jajahan
di alam maya yang memisahkan manusia kepada beberapa kelompok mengikut cita
rasa, minat, fahaman dan pesepsi masing-masing. Disebabkan technologi internet,
manusia boleh memilih apa sahaja maklumat atau informasi mengikut kehendak dan
cita rasa mereka. Disebabkan itulah terjadinya balkanisasi siber ini atau dalam
erti kata lain pemisahan diantara manusia mengikut pendapat dan kehendak
mereka. Bukan sahaja mereka berhak memilih, malah mereka juga berhak untuk
tidak milihat, membaca atau melayari maklumat yang bertentangan dengan pendapat
dan kehendak mereka.
Pengguna internet di masa kini berdepan dengan
pelbagai masalah sosial disebabkan oleh keterbukaan Negara kita terhadap
penggunaan internet bagi mendapatkan maklumat. Jika maklumat yang ingin dilihat
itu sesuatu yang baik seperti mencari lebih pengetahuan tentang ilmu agama,
kesihatan atau pendidikan. Tetapi yang menjadi isunya adalah apabila maklumat
yang dicari itu sesuatu yang tidak sopan dan bertentangan dengan agama dan
budaya seseorang itu.
Adakah kita ingin menyalahkan keterbukaan yang
diberikan oleh kerajaan itu sebagai sesuatu yang membebankan? Adakah kita ingin
jadi seperti Negara China dimana semuanya dikawal dan diperhatikan. Keterbukaan
adalah sesuatu yang positif dan amat berguna. Kerana keterbukaan internet itu
kita mampu untuk melihat dan membaca mengenai pelbagai pendapat dan maklumat.
Yang penting adalah diri sendiri. Sejauh mana
kita membawa diri kita kepada sesuatu. Tidak salah jika ingin mencuba sesuatu
yang baharu tetapi jika kita tahu ia akan membawa keburukkan kepada kita,
mengapa kita perlu teruskan. Walaupun pelbagai godaan dan hasutan berada
didepan mata kita, tetapi jika kita sedar ianya salah dan kita menguatkan diri
kita untuk mengatasi godaan dan hasutan itu, insyallah, Allah akan membantu
kita.